Pages

Friday, March 18, 2011

Permainan Congkak

Congkak

Permainan congkak memerlukan dua orang pemain. Papan congkak dipernuat dari kayu yang berukuran 80cm panjang dan 18 cm lebar. Kadang-kadang papan congkak ini diukur dengan ukiran yang indah.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan juga oleh wanita .


Cara bermain ialah;


Pusingan pertama:

 

 
  
(a) Kedua-dua pemain memulakan permainan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-m,asing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.



Pusingan kedua:


Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Thursday, May 27, 2010

Jenis-jenis Permainan

1) Permainan Congkak
2) Batu Seremban
3) Bulu Ayam
4) Permainan Teng-teng
5) Sepak Raga
6) Guli
7) Permainan Galah Panjang
8) Tuju Pot
9) Konda Kondi

Monday, May 17, 2010

Objektif Penubuhan Kelab Permainan Tradisional

Objektif penubuhan kelab ini ialah:

1) Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang permainan tradisional
2) Memelihara permainan tradisional agar tidak dilupakan begitu sahaja
3) Menyuburkan semangat 1 Malaysia.
4) Memupuk kesedaran perlunya menjaga kesenian dan kebudayaan bangsa Malaysia
dikalangan murid.

Kelab Permainan Tradisional SJKC Siew Ching Lahad Datu

Identiti sesuatu bangsa dapat dilihat melalui bahasa, adat, kesenian dan kebudayaan yang diamalkan. Identiti ini akan hilang sekiranya tidak dipelihara dan diamalkan setiap masa. Perubahan zaman adalah penyumbang utama kepada kehilangan identiti tersebut. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional merupakan salah satu juzuk identiti yang dimaksudkan. Dengan itu, Kelab Permainan Tradisional ini diwujudkan bagi memelihara tradisi dan kesenian Bangsa Malaysia yang semakin terhakis ditelan zaman serta kesan daripada perubahan teknologi moden yang sukar dihambat.