Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
Cara bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang juruanjung yang memegang wau dan seorang jurutarik yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Istilah
- anjun / anjung (Kelantan) / lambung -- Proses menjulang wau untuk naik ke udara.
- gelanggang permainan -- Tempat untuk menaikkan wau lazimnya disempadani oleh pagar, pokok, parit dan khemah di sekelilingnya.
- hulur -- Keadaan menghulurkan tali memanjangkan tali wau.
- indang -- Kedudukan wau yang dinaikkan yang terkawal dalam kedudukan 90°.
- juruanjung -- Orang yang menganjung atau melambung wau.
- jurutarik -- Orang yang menarik atau mengendalikan tali wau semasa dinaikkan.
- juruwau -- Orang yang menyediakan peralatan permainan dan padang serta perundangan wau dan juga mengetahui peraturan wau dalam satu-satu pertandingan.
- kawasan permainan -- Kawasan keseluruhan tempat pertandingan wau diadakan.
- markah dengung -- Markah yang dikira pada bunyi dengung semasa wau dinaikkan.
- markah kecantikan -- Markah yang dikira daripada aspek daya cipta, bentuk, corak, hiasan dan warna semasa wau di bumi.
- markah ketahanan -- Markah yang dikira daripada aspek berapa lama wau dapat bertahan di udara dalam jangka masa sekurang-kurangnya lima minit atau yang telah ditetapkan.
- markah ketinggian -- Markah yang dikira dari bacaan pancang meter semasa wau berada di udara.
- masuk pancang -- Kedudukan wau yang melayang tinggi yang dapat dikesan melalui pancang meter.
- ngedap / selat (Pahang) / selangkung (Kedah, PI.) -- Keadaan wau yang terbalik jatuh menjunam.
- sarut -- Keadaan tali beberapa buah wau yang bersimpul atau bersilang di udara.
- senget -- Keadaan wau yang berat sebelah.
0 comments:
Post a Comment